Nikmat coklat yang menceriakan :
*Coklat adalah makanan istimewa yang sesuai untuk pemakanan yang sihat. Mengambil makanan yang digemari akan menghasilkan endorfin iaitu sejenis protein. Penyelidikan mendapati bahawa nikmat memakan coklat dirangsang oleh endorfin. Oleh itu makanan yang lazat dan digemari seperti coklat bertambah kenikmatannya kesan pelepasan endorfin di dalam otak. Dengan ini memakan coklat akan memberi nikmat mengasyikkan. Nikmat coklat juga datangnya drpd gabungan aroma dan rasa sensasi di dalam mulut yang memberikan kelazatan luar biasa dan menjadikan kehidupan riang, ceria dan bersemangat sepanjang hari. Nikmati coklat, nilmati kehidupan lebih ceria*Coklat juga mempunyai kadar energi yang sangat tinggi. Setiap 15 gm coklat, mempunyai energi cukup untuk berjalan kaki sejauh 3 km. Bermakna jika kita makan coklat sebanyak 60 gm kita bole berjalan kaki sejauh 12 km. Sungguh menakjubkan.. Coklat juga mengandungi serotin, bila kita makan coklat ia boleh membuatkan kita berasa tenang. Jadi klu kita menghadapi tekanan perasaan, panik dan mempunyai masalah, dengan memakan coklat dapat membantu menenangkan pemikiran kita yang berserabut...insyaallah....
|